الأخبار
UIAM hendaklah berfikir untuk ummah.
التاريخ : 01 September 2019
المحرر : Roslan Bin Rusly
الفئة : News
غرد هذا
Awal Muharram 1441H
Semoga tahun baru Hijrah 1441 menjadi pembuka segala pintu kebaikan, keberanian, kebijaksanaan dan pencapaian zaman yang melepasi tahap dan piawaian yang biasa2. Masyarakat Islam mesti berusaha lebih gigih menekuni setiap prasyarat untuk membuka pintu dan kunci pencapaian (performance).
Pencapaian yang biasa2 bukan lagi standard dunia sekarang. Pencapaian mestilah ada sedikit keluarbiasaannya. Pencapaian yang luar biasa dalam perkara yang biasa dan rutin atau keresmian pun tidak membawa masyarakat Islam ke mana-mana. Mestilah pencapaian yang luar biasa dalam perkara yang paling kritikal, berimpak dan luar biasa juga.
Apa yang diperlukan oleh masyarakat Islam di tahun 1441H? Visi yang jelas yang akan membuka pelbagai strategi yang kemudiannya menyediakan kepada kita beberapa options (pilihan tindakan). Islam tidak pernah berpegang kepada satu solusi adalah penyelesai satu masalaah atau semua masalah. Dalam mana2 isu, Islam mengalakkan pelbagai solusi dan options yang bolehi difiikir dan diambil tindakan. Satu solusi kepada satu masalah atau semua masalah adalah bukan dari ajaran agama.
Kebolehan berfikir secara bervisi, berstrategik dengan pelbagai pilihan (tanpa ada had) adalah initipati ayat2 tadabbur dan berfikir dalam al-Quran. Ia bukan sekadar berfikir secara mendatar.
Hijrah ke Madinah adalah satu refleksi visi yang jelas yang mencetuskan pelbagai strategi dan juga options. Minda masyarajat Islam mesti dididik dengan minda bervisi, berstrategik dan beroptions. Pemikiran bukanlah kerja separuh masa atau bila ada masa lapang. Ia adalah sentiasa aktif dan berputar setiap detik kerana manusia adalah insan yang berfikir. Ayat2 tentang berfikir berselerak dalam al-Quran hampir setiap di halaman al-Quran (secara kognitif). Inilah ruh agama Islam selepas akidah atau keimanan. Ilmu pun jelmaan kuasa berfikir.
Selamat menyambut Awal Muharram 1441H kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya kepada warga UIAM (pelajar dan pekerja) serta alumni UIAM di mana sahaja anda berada.
UIAM hendaklah berfikir untuk ummah.
#uiampencorakminda #uaimpemikirummah #iiumtrendsetter
MDB....Presiden UIAM