الأخبار
UIAM Juara Keseluruhan Anugerah Program Keusahawanan Belia Nescafe 2018
التاريخ : 06 December 2018
المحرر : Roslan Bin Rusly
الفئة : News
غرد هذا
Oleh Roslan Rusly
Kuala Lumpur - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) menewaskan sembilan Universiti pada hari Anugerah Program Keusahawanan Belia Nescafe 2018 (NYEP). UIAM membawa pulang wang tunai sebanyak RM 25,000.00.
UIAM dipilih sebagai juara berdasarkan pencapaian jualan sebanyak empat ribu cawan dalam tempoh sebulan dan pertandingan bermula pada Jun lalu.
NYEP adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Nescafe Sdn Bhd yang mana melalui program ini ia dapat memberi peluang kepada pelajar universiti untuk merasai dunia perniagaan sebenar menguruskan cafe mudah alih serba lengkap di pusat pengajian tinggi.
Selain itu juga melalui program ini para pelajar dapat mempelajari aspek pengurusan perniagaan malah kerjasama berpasukan serta kreativiti.
Ia jua memberi pengalaman kepada pelajar untuk melatih mereka dalam bidang perniagaan.
Sementara itu, tempat kedua di sandang oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dan tempat ketiga jatuh kepada Universiti Teknologi Malaysia(UTM).
Dalam majlis yang sama UIAM menang bergaya apabila menggondol satu lagi anugerah iaitu Anugerah Kahuna Maestros dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000.00.
Setiap universiti mempunyai kiosk nescafe masing dan di operasikan oleh pelajar dengan bimbingan serta tunjuk ajar unit keusahawanan universiti masing-masing.
Untuk UIAM, kiosk Nescafe ini terletak berhampiran Perpustakaan Dar Al-Hikmah UIAM Kampus Gombak dan di bimbing oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan(EDC) UIAM.