الأخبار
UIAM nafi terlibat penganjuran debat kontroversi
التاريخ : 17 October 2019
المحرر : Roslan Bin Rusly
الفئة : News
غرد هذا
KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan dakwaan pihaknya terlibat sebagai penganjur debat yang menjadi kontroversi baru-bru ini.
Rektornya, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak menegaskan, pihaknya tidak ada kena mengena dengan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak di Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) di Negeri Sembilan itu.
“Pihak UIAM menafikan sekeras-kerasnya program tersebut berlangsung di Kampus UIAM dan UIAM tidak ada kaitan langsung dengan penganjuran pertandingan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dzulkifli merujuk kepada beberapa laporan media yang mengaitkan UIAM terlibat dalam debat berkenaan.
UIAM, katanya, kesal dengan laporan yang dikaitkan dengan pihaknya dan menganggap ia disiarkan tanpa usul periksa dan merujuk kepada pihaknya.
Difahamkan, pihak UIAM merujuk kepada laporan portal The Malaysian Insight dan akhbar Sin Chew Daily.
“Oleh itu, UIAM menuntut pihak media terbabit menyiarkan laporan tersebut memperbetulkan laporan yang disiarkan kerana ia menimbulkan satu tanggapan negatif dan salah sangka orang awam,” ujarnya.- MalaysiaGazette