الأخبار
Wacana Sembang Kencang: Gabungan kedai kopi premium dan persatuan pelajar tarik mahasiswa ke wacana intelektual
التاريخ : 19 April 2019
المحرر : Roslan Bin Rusly
الفئة : News
غرد هذا
GOMBAK - Mencari kelainan dalam membincangkan isu semasa, Persatuan Belia HARMONI Gombak dengan kerjasama Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengadakan diskusi wacana intelektual di kafe Richiamo, sebuah kedai kopi premium yang berpangkalan di UIAM.
Sembang Kencang merupakan siri wacana intelektual yang membincangkan isu semasa di dalam kepelbagaian format.
Setakat ini, telah enam siri Sembang Kencang diadakan dan terkini, program ini membawakan tema seni yang dihadiri Sasterawan Negara, Datuk Seri (Dr) A. Samad Said dan Penggiat Seni, Fazleena Hishamuddin.
Pada sesi wacana yang dihadiri hampir 130 pelajar, perbincangan malam itu berkisarkan tentang seni dalam memaknai nilai kemanusiaan.
Pada akhir diskusi, mereka disajikan dengan deklamasi sajak oleh Datuk Seri (Dr) A. Samad Said yang berjudul Anak-anak Palestina dan Tetamu Senja. Program ini ditaja sepenuhnya oleh Richiamo Coffee.
“Ini merupakan satu mekanisme baru untuk mempelbagaikan wacana intelektual yang selalunya hanya wujud di dalam bilik kuliah atau dewan seminar. Tambahan pula, ia memberi keselesaan kepada pelajar untuk mendengar diskusi isu semasa yang berat ini dalam suasana yang santai," ujarnya lagi.
Kredit Gambar : Media Sembang Kencang, Uzaigrapher