Events

Events

16
Nov
2020
E-Terapan (E-Temasya Rekayasa Pantun Antarabangsa)

E-Terapan (E-Temasya Rekayasa Pantun Antarabangsa)

Start Date : 16 Nov 2020   End Date : 20 Nov 2020

Location : Atas talian

Organizer : Jabatan Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa

Share



E-TERAPAN merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa
Melayu Komunikasi Antarabangsa, Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pagoh). Selain itu, pertandingan
ini adalah rentetan daripada Temasya Rekayasa Pantun Antarabangsa
(TERAPAN) yang terpaksa ditangguhkan berikutan penularan COVID-19.

1. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

i.Penyertaan
Penyertaan
pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar Institut
Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta
(IPTS) tempatan mahupun antarabangsa.

ii.Spesifikasi Pantun
●Objektif
utama pertandingan adalah untuk mencipta dan melafazkan pantun
bertemakan isu-su semasa dengan cara yang kreatif dan suntingan video
yang menarik maksimum 5 minit.
●Pemantun adalah DILARANG menggunakan
perkataan yang kurang sopan, menyentuh isu perkauman, menggunakan
dialek, bahasa pasar, slanga, singkatan atau bahasa asing.
●Pemantun mestilah menggunakan bahasa Melayu baku dalam aspek sebutan, ayat dan kosa kata.
●Pantun yang dibenarkan hanyalah pantun empat kerat yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud
●Rima hujung baris mestilah berpolakan ‘abab’
●Pantun
yang dihantar mestilah pantun berkait yang mempunyai sekurang-kurangnya
4 rangkap keseluruhannya. Penyertaan yang kurang dari 4 rangkap adalah
dianggap batal.
●Pantun adalah dalam bahasa Melayu.

iii.Dokumen Permohonan Penyertaan
Setiap
peserta yang ingin menyertai pertandingan ini dikehendaki menggunakan
Borang Penyertaan seperti yang disertakan dalam Google Form ini. Peserta
boleh menghantar lebih dari 1 (satu) penyertaan namun bayaran
penyertaan perlulah dibuat mengikut jumlah penyertaan. Hanya 1 (satu)
hadiah akan diberikan kepada pemenang. Borang penyertaan hendaklah diisi
dan dihantar melalui pautan ini bermula 16 November 2020 dan berakhir
pada 20 November 2020.

iv.Keputusan Pertandingan
30 November 2020 (melalui e-mel peserta)

v. Persembahan berdasarkan
a.Kesenian dalam penciptaan dan melafazkan pantun
b.Gerak fizikal yang seimbang dengan pantun, intonasi dan kelancaran
c.Tiada kegagapan dan perulangan dalam percakapan
d.Suntingan video yang kreatif, kemas dan menarik.

2. METODOLOGI PENILAIAN

Pemenang
dipilih berdasarkan sekurang-kurangnya empat (4) rangkap pantun yang
terbaik dan dinilai berdasarkan keaslian, ketepatan kepada tema dan
keindahan bahasa serta kreativiti.

3. HADIAH PERTANDINGAN

Hanya enam (6) pemenang sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini termasuk pelajar tempatan dan antarabangsa.
i.Johan, sijil penyertaan dan wang tunai RM100
ii.Naib Johan, sijil penyertaan dan wang tunai RM80
iii.Ketiga, sijil penyertaan dan wang tunai RM60
Busana Terbaik RM20
*Sijil penyertaan (e-sijil) akan diberikan kepada semua peserta

4.PANEL PENILAI

Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai yang telah dilantik oleh pihak penganjur.

5. YURAN PESERTA

Yuran
setiap peserta adalah RM10.00 bagi pelajar tempatan manakala RM15.00
bagi pelajar antarabangsa. Bayaran yuran penyertaan ini boleh dibuat
melalui akaun berikut:

IIUM Operating Account
1407-000000-4716 (Bank Muamalat)

Boleh berhubung dengan urus setia program Dr. Mohamad Suhaizi Suhaimi (0177023182) atau tekan pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSci-FCoBYpoHjlDGMr6oPr_0DIUB9Xfgc9OAhV10tbtaNo2OA/viewform