News

News

3,600 penuntut baharu UIAM selesai mendaftar

3,600 penuntut baharu UIAM selesai mendaftar

Date : 08 October 2020

Reported by : Roslan Bin Rusly

Category : News


Share

KUALA LUMPUR – Seramai 3,600 orang pelajar baharu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) telah pun mendaftar di kampus-kampus UIAM yang terletak di Gombak dan Pagoh.

Proses pendaftaran pelajar baharu berlangsung selama tiga hari bermula dari 29 September hingga 1 Oktober lalu dengan mengikut segala pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak pengurusan mengikut saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam masa yang sama minggu haluan siswa atau minggu ta’aruf untuk pelajar baharu dijalankan secara maya sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang perhimpunan besar didalam kampus.

Ini bagi memastikan amalan norma baharu bagi mengekang penularan Covid-19 sekali gus memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran dapat diteruskan dengan lancar.

Dalam pada itu, Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM dengan kerjasama Kesatuan Pelajar UIAM telah pun membangunkan satu laman sesawang khas untuk para pelajar baharu ini mendapat segala informasi berkaitan universiti.

Menurutnya, dengan adanya laman sesawang tersebut, para pelajar hanya perlu kekal didalam bilik dan mengikuti segala aktiviti ta’aruf secara maya.

Dengan merujuk panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini, pihak UIAM memberikan ruang yang fleksibel kepada para pelajar, mereka boleh memilih untuk terus kekal dikampus dengan mematuhi SOP yang di tetapkan atau boleh untuk memilih untuk pulang ke rumah bagi pelajar sarjana muda.

Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, UIAM bersedia untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara atas talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada mac lalu.

”Pihak Universiti kini sudah lama bersedia menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian, semua pensyarah dan para pelajar sudah biasa dengan mengamalkan norma-norma baharu pembelajaran secara atas talian pada waktu ini”.

Bagi pelajar semasa yang mula mendaftar pada 5 Oktober, mereka boleh memilih untuk kekal di rumah dan mendaftar secara atas talian dan tidak perlu ke kampus. Ini termasuk para pelajar antarabangsa yang tidak dapat ke negara ini.

Pengajaran dan pembelajaran di setiap kampus dijalankan secara atas talian yang mana mod pembelajaran e-learning telah diaktifkan. Ini bermakna kelas secara bersemuka di setiap kampus UIAM tidak di jalankan dan para pelajar hanya perlu kekal didalam bilik dan dirumah masing-masing untuk mengikuti kelas secara atas talian.

”Ia adalah inisiatif UIAM untuk membantu penuntut yang terkandas di kampung atau pelajar antarabangsa bagi memastikan pengajian mereka tidak terganggu”.

”Dalam masa yang sama juga, UIAM sekali lagi mengambil inisiatif dengan menjalankan pogram kesihatan mental yang mana pihak universiti akan menghubungi penuntut bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan situasi normal baharu,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Source :- https://malaysiagazette.com/2020/10/07/3600-penuntut-baharu-uiam-selesai-mendaftar/?fbclid=IwAR3lMtsVXT3WcAPefKd1ZH0A7-jZiZwqGy1vj8T86fObERPjWOySDT2eiGk