News

News

​ COVID-19: UIA tangguh kelas 10 hari bermula hari ini

​ COVID-19: UIA tangguh kelas 10 hari bermula hari ini

Date : 13 February 2020

Reported by : Roslan Bin Rusly

Category : News


Share

Astro Awani - -

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengarahkan semua penuntutnya untuk bercuti selama 10 hari bermula hari ini.

Ia sebagai langkah awal berjaga-jaga dalam usaha menangani penularan wabak
koronavirus baharu COVID-19 dan mencegah sebarang jangkitan di universiti tersebut.

Menegaskan tiada sebarang kes berkaitan COVID-19 di universiti itu setakat ini, Rektor UIAM Professor Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak berkata, ia merupakan satu langkah proaktif dan pengawalan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, beliau memaklumkan, UIAM telah menyediakan dua lokasi kolej kediaman untuk tujuan pemantauan.

Langkah yang diambil juga termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas penuntut baru dan juga penuntut sedia ada dari China, selain penuntut yang baru pulang dari negara itu.

“Semua penuntut dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Bagi mereka yang memilih untuk berada di kampus sepanjang tempoh itu, diingatkan supaya mengambil langkah mengurangkan risiko jangkitan,” kata Dzulkifli.

“Tiada sebarang kes berkaitan virus itu dilaporkan setakat ini tetapi pihak pengurusan membuat keputusan untuk menunda kelas di kampus Gombak bermula hari ini hingga 23 Januari.

"Objektif utama langkah proaktif ini ialah bagi memastikan standard keselamatan maksima dan kesejahteraan komuniti kita di UIA," tambahnya.

Menurutnya, UIAM telah menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada penuntut baru dan penuntut sedia ada dari China sejak 28 Januari lalu.

Untuk rekod, UIAM memulakan pengajian semester kedua bagi sesi 2019/2020 bermula Isnin lalu.

Source: http://www.astroawani.com/beri...