News

News

PABM KALI KE-13 2019 : PENDEBAT UIAM CEMERLANG DI PERTANDINGAN AKHIR

PABM KALI KE-13 2019 : PENDEBAT UIAM CEMERLANG DI PERTANDINGAN AKHIR

Date : 10 October 2019

Reported by : MUHAMAD ZAMIR BIN ZAINUL ABIDIN

Category : News


Share


Setelah bertungkus lumus dan melepasi semua peringkat dan dapat beraksi di peringkat akhir, akhirnya Dewan Tunku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Kampus Sultan Azlan Shah telah digegarkan dengan kejayaan dua pendebat UIAM iaitu Saudara Moustapha Koutub yang berasal dari Guinea bagi Kategori Pelajar Antarabangsa Malaysia (PAM) dan Saudara Amirul Iqmal Razlan bagi Kategori Alam Melayu (AM) dimana masing-masing telah dinobatkan sebagai juara serta mengungguli setiap kategori sekali gus mengharumkan nama universiti untuk kali yang kedua berturut-turut.

Saudara Moustapha Koutoub merupakan pelajar dari Fakulti Ilmu Wahyu & Sains Kemasyarakatan dan telah memperdengarkan kepetahan ucapannya melalui pidatonya yang bertajuk 'Kepentingan Membina Perpaduan' manakala saudara Amirul Iqmal pula adalah pelajar dari Fakulti Ekonomi & Pengurusan mempamerkan kelancaran tutur bicaranya melalui pidato yang bertajuk 'Kita dan Budaya - Budaya Bangsa yang sangat informatif'. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Malam kemuncak PABM Piala Menteri 2019 ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan iaitu Dr. Maszlee Malik sekali gus menyampaikan hadiah-hadiah kepada setiap pemenang.