News
UIAM melawat ke Sinar Harian dan Kampus Uols
Date : 12 April 2019
Reported by : Roslan Bin Rusly
Category : News
Tweet This
SHAH ALAM - Mahasiswa serta pensyarah Bahasa Melayu Untuk Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf ini bertujuan memberi pendedahan tentang gerak kerja dunia pekerjaan mengenai produk yang dihasilkan oleh syarikat ini.
Pensyarah UIAM, Mohamad Zuber Ismail berkata, seramai 30 orang mahasiswa terdiri daripada 27 orang pelajar perempuan dan tiga orang pelajar lelaki hadir bagi lawatan sambil belajar ini.
"Tujuan kami datang ke Karangkraf adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dunia kerjaya dan melihat potensi syarikat ini," katanya.
"Semasa lawatan ini, saya mendapat banyak input mengenai bagaimana organisasi Kumpulan Media Karangkraf ini berfungsi dalam menerbitkan buku, surat khabar, dan cara syarikat ini memproses buku, serta mengetahui gerak kerja organisasi ini," katanya.
"Sebelum saya datang ke sini, saya kurang tahu mengenai Karangkraf ini, namun selepas mendengar taklimat saya telah mendapat tahu mengenai anak syarikat dan Kampus Uols," tambahnya.