News
UIAM semarak sambutan kedatangan Ramadan
Date : 05 May 2019
Reported by : Roslan Bin Rusly
Category : News
Tweet This
ROSLAN RUSLY, UIAM
GOMBAK - Kedatangan bulan Ramadan amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam seluruh dunia.
Bulan yang menjanjikan beribu ganjaran untuk mereka yang betul-betul menjalankan ibadah di dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
Begitu juga buat warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang bersemangat serta mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan.
Seperti semua sedia maklum, bubur lambuk amat sinonim dengan kedatangan bulan rahmat ini. Ia menjadi salah satu juadah yang menjadi kemestian setiap kali tiba waktu berbuka.
Bagi memeriahkan dan menyambut kehadiran Ramadan, pelbagai program telah diatur dan dirancang dalam usaha untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini.
Ini merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM yang objektif penganjurannya adalah untuk bersama-sama mengimarahkan dan menyemarakkan lagi sambutan kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi.