News
Warga UIAM berinteraksi dengan al-Quran
Date : 29 November 2018
Reported by : Roslan Bin Rusly
Category : News
Tweet This
GOMBAK - Lebih 300 warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) meluangkan masa selama satu jam berinteraksi dengan Al-Quran dalam program #QuranHour, barubaru ini.
Program bermula jam 5 petang itu diadakan sempena Minggu Quran anjuran Sekretariat #QuranHour UIAM dengan Kelab Jami’yatul Khadamatil Quran (JKQ).
Penasihat Rumah Ngaji, Fazrul Ismail merungkai makna surah al-Alaq (ayat 1-19) sambil empat qari dari Persatuan Qiraat malaysia mengalunkan bacaan surah tersebut.
Sekretariat #QuranHour UIAM, Siti Aishah Ibrahim berkata, surah tersebut dipilih bersesuaian dengan target pelajar mengenai kepentingan menimba ilmu dan membaca.
“Dalam masa sama mesej kita adalah menekankan konsep #QuranHour yang tidak cukup sekadar membaca tetapi kena memahami maksudnya dan diamalkan dalam
kehidupan seharian.
“Jika amalan ini berjaya dipraktikkan, kita mampu menjadi contoh sebagai seorang muslim yang memahami dan hidup berpandukan al-Quran,” katanya.
Katanya, usaha menyantuni al-Quran akan diteruskan dari semasa ke semasa dan akan menutup tahun 2018 dengan Women #QuranHour.
Source Sinar Harian