Pengumuman

Pengumuman

Axiata Young Talent Programme (AYTP)

Axiata Young Talent Programme (AYTP)

Tarikh : 28 June 2018

Dilaporkan Oleh : Norshahida Hussain

Kategori : Announcements


Share

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera

Axiata Young Talent Programme (AYTP) merupakan satu platfom pembangunan bakat muda untuk menjadi CEO pada masa hadapan. Salah satu inisiatif dibangunkan melalui AYTP adalah Axiata University Leadership Development Programme (ULDP) , di mana ianya satu program pembangunan kepimpinan perniagaan gaya 'musim panas' yang memberi penekanan terhadap sahsiah diri, kemahiran kritikal dan kompetensi kepimpinan yang diperlukan untuk menjadi CEO bertaraf dunia.

Axiata Foundation melalui program kepimpinan kami ‘Axiata Young Talent Programme’ dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (Pendidikan Tinggi) akan mengadakan pengambilan kedua bagi program ULDP. Program ini akan diadakan melalui dua kem kepimpinan bermula pada 13 Julai 2018. Untuk makluman lanjut mengenai ULDP, boleh dirujuk kepada lampiran bertajuk “ULDP Overview” bersama dengan surat jemputan rasmi oleh penganjur adalahseperti di Lampiran. Tahun 2018 merupakan tahun keenam ‘Axiata University Leadership Development Programme (ULDP)’ dijalankan. Oleh kerana permintaan untuk memasuki ULDP semakin meningkat, penganjur (Axiata) telah menambah lapan puluh (80) tempat untuk mahasiswa menyertai program kepimpinan ini.

Sehubungan dengan itu, pihak Axiata Foundation berbesar hati ingin menjemput institusi untuk menghantar penyertaan mahasiswa terpilih yang berpotensi tinggi dari institusi untuk hadir dan mengambil bahagian dalam ‘Assessment Centre’ sepertimana ketetapan berikut:-

Tarikh : 4 Julai 2018 (Rabu)  Masa : 8:30 pagi – 6:00 petang  Tempat : Axiata Tower, KL Sentral

Matlamat program ‘Assessment Centre’ adalah untuk menggalakkan mahasiswa menyertai program AYTP peringkat university, ‘Axiata University Leadership Development Programme (ULDP)’. Kami juga percaya para mahasiswa akan dapat meraih pengalaman bagaimana pemilihan bakat dan peserta dijalankan oleh organisasi dah dan ternama di negara ini yang mana pengalaman ini amat berguna apabila mereka mencari peluang pekerjaan kelak. Bersama-sama ini disertakan atur cara program dan pautan pendaftaran:

ATUR CARA PROGRAM ASSESSMENT CENTRE  08:30 AM Pendaftaran Mahasiswa  10:00 AM Minum Pagi  10:30 AM Simulasi Perniagaan  01:30 PM Makan Tengah Hari  02:00 PM Temuduga  06:30 PM Tamat

PAUTAN PENDAFTARAN ASSESSMENT CENTRE UNTUK MAHASISWA   https://goo.gl/kfJjVf

BAHAN UNTUK PENYIARAN SOSIAL MEDIA 

  https://goo.gl/kq24yB

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas, boleh menghubungi terus pihak penganjur Ms Oga di talian +603-2265 6857 / emel: chan.oga@axiata.com atau En Sharaf Guna (talian 010-238 5175 / emel: sharaf.guna@axiata.com).

Sekian, terima kasih.