Pengumuman
HEBAHAN PENYERTAAN DALAM EXPRESSION OF INTEREST (EOI) 2023 BAGI INISIATIF SMART SELANGOR
Tarikh : 09 February 2023
Dilaporkan Oleh : Siti Nur Nazeha Bt Saiffuddin Zuhri
Kategori : Announcements
Tweet This
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./Tuan/ Puan,
HEBAHAN PENYERTAAN DALAM EXPRESSION OF INTEREST 2023 (EOI) BAGI INISIATIF SMART SELANGOR
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman, SSDU Innovations Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milikan penuh Kerajaan Negeri Selangor telah mempelawa syarikat yang berkelayakan untuk menyertai Expression of Interest (EOI) 2023 untuk pelaksanaan inisiatif Smart Selangor. Pemohon yang berminat mestilah memiliki penyelesaian (atau sistem) inovatif yang telah berjaya dilaksanakan serta berpengalaman luas di dalam pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar (Smart City).
3. Pemohon yang berminat boleh mengemukakan e-mel kepada procurement@ssdu.com.my untuk mendaftar sebagai peserta EOI SSDU 2023 bagi mendapatkan e-dokumen EOI SSDU. Pemohon mestilah menghantar dokumen lengkap bersama kertas cadangan EOI dalam bentuk softcopy kepada procurement@ssdu.com.my sebelum 12.00 tengah hari pada 17 Februari 2023. Bersama-sama ini disertakan maklumat permohonan seperti rajah di bawah untuk makluman dan rujukan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua sekiranya berminat untuk menyertai.
INNOVATION AND COMMERCIALISATION UNIT
RESEARCH MANAGEMENT CENTRE
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA