Pengumuman

Pengumuman

TENDER FOR FOOD & BEVERAGE OUTLET AND AUXILIARY SERVICES AT IIUM GOMBAK AND KUANTAN CAMPUS

TENDER FOR FOOD & BEVERAGE OUTLET AND AUXILIARY SERVICES AT IIUM GOMBAK AND KUANTAN CAMPUS

Tarikh : 27 March 2012

Dilaporkan Oleh : WebMaster

Kategori : Announcements


Share

Penender diwajibkan menghadiri sesi taklimat bertempat di Multi Purpose Hall, FFSD, Tingkat 3, IIUM Kampus Gombak pada 2/4/2012 (ISNIN), jam 2.30 petang. Penender tidak akan disenarai pendek sekiranya GAGAL untuk menghadiri Taklimat tersebut.

Penender yang ingin membeli dokumen tender di atas hendaklah menyediakan Wang Pos/Kiriman Wang/Deraf Bank sebanyak RM50.00 senaskhah(tidak dikembalikan) yang dibuat atas nama‘Pengarah Kewangan IIUM’.

Penender WAJIB membawa SIJIL ASAL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA YANG MASIH SAH TEMPOH PENDAFTARAN serta satu (1) salinan pendua semasa membeli Dokumen Tender diFacilities, Food & Services Department (FFSD), Tingkat 3, Central Complex, International Islamic University Malaysia (IIUM), Jalan Gombak, 53100 KUALA LUMPUR. Perkhidmatan fotokopi tidak disediakan.

Dokumen Tender yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta ditulis No. Tender di sudut kiri atas sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat seperti di atas sebelum atau pada 23 April 2012 sebelum jam 12.00 tengah hari.

Penyerahan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos perbelanjaan serta tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran dan keputusan pihak Universiti adalah muktamad. Bukti pos tidak dianggap sebagai bukti penerimaan.

Iklan Tender ini boleh juga dilayari di laman web http://www.iium.edu.my

PERINGATAN : ‘PEMBERI & PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (AKTA 694)’.