Pengumuman

Pengumuman

UJIAN  MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST ( MUET ) SECARA KAEDAH MUET on Demand ( MoD )

UJIAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST ( MUET ) SECARA KAEDAH MUET on Demand ( MoD )

Tarikh : 22 October 2018

Dilaporkan Oleh : mifdhal

Kategori : IIUM Community


Share

PEWARTAAN

PENAWARAN UJIAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) SECARA KAEDAH MUET on Demand (MoD)

Mulai  bulan Jun tahun 2018,  Majlis  Peperiksaan  Malaysia  (MPM)  telah menambah  kaedah pengelolaan  Ujian Malaysian University  English  Test (MUET)  sedia  ada,  iaitu secara MUET  on  Demand (MoD)  yang  diadakan secara Computer Based Test (CBT) dan juga Paper Based Test (PBT).

Standard  kertas  soalan  MUET  (Listening, Speaking, Reading,  dan Writing) bagi kaedah MoD adalah   sama   dengan   kaedah   MUET   sedia   ada (MUET  Sesi  1,  MUET  Sesi  2,  dan  MUET  Sesi  3). Format  Ujian  MoD juga mengguna pakai Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions MUET sedia ada.

Untuk  mendapatkan  maklumat  lanjut  berkaitan  dengan  Ujian  MoD  ini,  sila layari  portal  MPM  di www.mpm.edu.my atau  hubungi  Bahagian  Pembinaan dan Pengendalian Kompetensi (BPKOM), MPM di talian 03-61261634.

Surat Pewartaan MoD - 06092018