Acara
JEMPUTAN KE SESI PERKONGSIAN BERSAMA PENERIMA ANUGERAH AKADEMIK NEGARA (AAN)
Tarikh Mula : 26 Feb 2021 Tarikh Tamat : 26 Feb 2021
Lokasi : Online Platform
Penganjur : KPT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Datuk Wira/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
JEMPUTAN KE SESI PERKONGSIAN BERSAMA PENERIMA ANUGERAH AKADEMIK NEGARA (AAN)
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan Jabatan Pendidikan Tinggi akan menganjurkan Sesi Perkongsian Bersama Penerima Anugerah Akademik Negara (AAN). Ia merupakan satu inisiatif di bawah Program Pemantapan AAN. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan serta berkongsi pengalaman kejayaan menerima AAN.
3. Sehubungan itu, Sesi Perkongsian Bersama Penerima AAN secara dalam talian diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh | : | 26 Februari 2021 (Jumaat) |
|
|
|
Masa | : | 9.00 pagi – 1.00 tengah hari |
|
|
|
Platform | : | Melalui Aplikasi Zoom dan FB Live |
|
|
|
Pautan Zoom | : |
Meeting ID: 852 6974 2859 Passcode : Gk9deN |
|
|
|
Pautan FB | : | |
|
|
|
Atur cara | : | Seperti di Lampiran A |
4. YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Datuk Wira/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, adalah dimohon untuk memanjangkan hebahan dan jemputan ini kepada tenaga akademik dan penyelaras AAN di institusi masing-masing yang ingin menyertai sesi perkongsian tersebut. Maklum balas kehadiran boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://bit.ly/36AqP7w selewat-lewatnya pada 24 Februari 2021 (Rabu) untuk tindakan selanjutnya. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan melalui emel aan@mohe.gov.my atau menghubungi pegawai-pegawai berikut: -
4.1 Puan Rozhafila Rozali 019-2533614
4.2 Puan Noor Ain Abdul Wahab 012-7718584
5. Perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Datuk Wira/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, Urus setia AAN Bahagian Kecemerlangan Akademik Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Aras 4, No.2, Menara 2 Jalan P5/6, Presint 5
POSTER SESI PERKONGSIAN PENERIMA AAN
ATUR CARA SESI PERKONGSIAN BERSAMA PENERIMA AAN