Berita
Bapa reda pemergian anak
Tarikh : 03 February 2021
Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly
Kategori : News
Tweet This
ASYRAF MUHAMMAD | |
SHAH ALAM - Bapa kepada mangsa kemalangan maut dalam kejadian di Jalan Duta menghala Pusat Bandaraya minggu lalu, Ahmad Zamri Ismail, 52, reda dengan kematian anaknya dan menganggapnya satu ujian ALLAH SWT.
Dalam kejadian itu, anaknya, Ahmad Zaidi Ahmad Zamri, 24, yang merupakan seorang penghantar makanan maut ketika sedang dalam perjalanan menghantar tempahan pelanggan selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori kira-kira jam 1.30 petang.
Mengulas mengenai kejadian itu, Ahmad Zamri berkata, dia tidak mengetahui anaknya yang sedang cuti semester Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bekerja sebagai penghantar makanan kerana arwah tidak pernah memaklumkan perkara itu.
“Saya difahamkan, hari kejadian itu berlaku merupakan hari pertama dia bertugas sebagai penghantar makanan,” katanya kepada Sinar Harian, pada Selasa selepas menerima kunjungan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad bersama wakil UIAM diketuai Timbalan Rektornya, Profesor Dr Zulkifli Hasan.
Menerusi kunjungan itu, Noraini turut menyampaikan sumbangan peribadi dan bantuan takaful serta khairat kematian berjumlah RM26,000 kepada keluarga waris Ahmad Zaidi.
Dalam pada itu, Ahmad Zamri berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya itu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Pada waktu itu boleh rentas negeri jadi saya balik sekejap untuk jumpa dia.
“Arwah adalah anak kedua dari empat cahaya mata kami dan dia juga hanya tinggal satu semester sahaja sebelum tamat pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Awam di UIAM.
“Pada saya, apa yang jadi ini satu ketentutan dan kami sekeluarga reda,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my...
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf