Berita
Kontinjen perarakan Maulidur Rasul UIAM memenangi tempat ke-3 sepanduk terbaik
Tarikh : 20 November 2018
Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly
Kategori : News
Tweet This
Seramai 40 orang warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia|(UIAM) yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1440H Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor di sini hari ini.
Kontinjen UIAM diketuai oleh Ustaz Mohamad Solahuddin Mohammed, Pembantu Agama, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak. Setiap pasukan yang menyertai berarak sejauh 1.3 kilometer dan berkumpul di Stadium Malawati, Shah Alam.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut hadir mencemar duli menyambut sambutan Maulidur Rasul itu yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Kontinjen perarakan UIAM memenangi tempat ke-3 sepanduk terbaik untuk kategori IPTA/IPTS/NGO dan Masjid. Hadiah disampaikan oleh Sultan Selangor.
Ketua kontinjen Mohamad Solahuddin ketika ditemui berkata, semangat dan kerjasama rakan-rakan amat dihargai. Walaupun hari bercuti tetapi mereka semua tetap bersemangat untuk sama-sama menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
“Saya juga mengucapkan terima kasih dan terharu kerana kontinjen UIAM terpilih tempat ke-3 sepanduk terbaik dan ia satu rezeki untuk kontinjen UIAM”.katanya.