Berita
Kontinjen UIAM sertai perarakan Maulidur Rasul
Tarikh : 20 November 2018
Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly
Kategori : News
Tweet This
Shah Alam - - Seramai 40 orang warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia|(UIAM) yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1440H Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor di sini hari ini.
Kontinjen UIAM diketuai oleh Ustaz Mohamad Solahuddin Mohammed, Pembantu Agama
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak. Setiap pasukan yang menyertai berarak sejauh 1.3 kilometer dan berkumpul di Stadium Malawati, Shah Alam.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut hadir mencemar duli menyambut sambutan Maulidur Rasul itu yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Dalam majlis yang sama, kontinjen perarakan UIAM memenangi tempat ke-3 sepanduk terbaik untuk kategori IPTA/IPTS/NGO dan Masjid. Hadiah disampaikan oleh Sultan Selangor.
Objektif penyertaan kali ini ialah untuk sama-sama menyemarakkan sambutan hari kelahiran Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W dan turut sama menghayati perjuangan Baginda dalam menyebarkan luaskan syiar Islam.
Ketua kontinjen Mohamad Solahuddin ketika ditemui berkata, semangat dan kerjasama rakan-rakan amat dihargai. Walaupun hari bercuti tetapi mereka semua tetap bersemangat untuk sama-sama menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
“Walaupun hari ini adalah cuti umum, namun semangat yang di tunjukkan rakan-rakan sangat baik kerana masing-masing ingin bersama-sama menyambut Maulidur Rasul dan mengenang segala jasa Baginda Nabi Muhammad S.A.W.”
“Saya juga mengucapkan terima kasih dan terharu kerana kontinjen UIAM terpilih tempat ke-3 sepanduk terbaik dan ia satu rezeki untuk kontinjen UIAM”.katanya.
Ini adalah penyertaan untuk tahun ke-5 UIAM menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor dan pernah menyertai perarakan peringkat kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya pada tahun 2013.