Berita

Berita

Lindungi wanita

Lindungi wanita

Tarikh : 04 February 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

Cadangan untuk mewujudkan undang-undang khusus berhubung keganasan terhadap wanita bagi membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang melakukan keganasan terhadap wanita termasuk berkaitan gangguan seksual disifatkan sebagai langkah bijak dan tepat pada masanya.

Menurut pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) yang juga penganalisis politik, Prof.Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, ia juga adalah satu cadangan baik yang perlu dipertimbangkan kerajaan bagi melindungi kepentingan dan hak wanita di negara ini.

“Tiada undang-undang khusus melindungi wanita di negara ini terutama berkaitan jenayah keganasan atau gangguan seksual kerana peruntukan sedia ada seperti Kanun Keseksaan adalah lebih umum.

“Jadi,sudah tiba masanya untuk kerajaan menyemak semula peruntukan undang-undang sedia ada dan melakukan penambahbaikan bagi memastikan nasib wanita di Malaysia terus terbela,”kata nya ketika dihu-bungi Harian Metro, semalam.

Nik Ahmad Kamal mengulas mengenai cadangan Ketua Wanita PKR, Haniza Talha supaya undang-undang khusus berhubung keganasan terhadap wanita diwujudkan bagi memastikan tindakan diambil ke atas m-reka yang melakukan keganasan terhadap wanita,termasuk yang berkaitan gangguan seksual.

Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata, jika undang-undang baharu itu boleh diwujudkan, haruslah mantap dan teguh selain tiada ruang pesalah melepaskan diri.

Untuk itu, kata beliau, kajian menyeluruh perludi lakukan bagi mengenal pasti justifikasi atau kelemahan pada undang - undang sedia ada.

“Ia tidak boleh digubal begitu saja,sebaliknya kajian perlu dilakukan untuk mengkaji kelemahan pada peruntukan undang-undang sedia ada dan daripada hasil kajian itu barulah lakukan penambah-baikan.

Undang-undang itu diwujudkan, ia menjadi pencapaian hebat perundangan negara,”kata nya .

Sementara itu, ketika ditemui media di Konvensyen Wanita Keadilan Zon Timur2019,kelmarin, Hanizaber-kata, setakat ini belum ada peraturan khusus ditetapkan mengenai gangguan seksual kerana apa yang ada hanyalah garis panduan yang tidak memadai.

Katanya, walaupun kes keganasan terhadap wanita dilaporkan meningkat namun kerana tiada peraturan khusus dan bimbang di kenakan tindakan atau dibuang kerja, ramai yang mengambil pendekatan berdiam diri dalam lingkaran keganasan itu.

“Dalam perkara ini, kami mahu kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat tegas supaya pesalah dikenakan tindakan dan hak wanita terbela,”katanya.

Soruce:Harian Metro