Berita

Berita

New for Kulliyyah Y

New for Kulliyyah Y

Tarikh : 09 October 2013

Dilaporkan Oleh : WebMaster

Kategori : News


Share

SEPANG 9 Okt. - Pendaki Felda, Siti Hanisah Sharuddin, bakal menawan Gunung Kilimanjaro, Tanzania, bagi meneruskan misi menawan tujuh puncak tertinggi di tujuh benua yang dijangka selesai pada Januari tahun 2015.

Siti Hanisah, 23, yang berasal Felda Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan, bakal memulakan pendakian gunung tertinggi di Benua Afrika dengan ketinggian 5,895 meter bersama jurulatih pengiring, Zainudin Lot pada Sabtu ini yang dijangka mengambil masa kira-kira enam hari.

 

Pendakian anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) ini merupakan yang ketiga selepas menyempurnakan pendakian Gunung Elbrus (Benua Eropah) dengan ketinggian 5,642 meter pada Jun tahun lepas dan Gunung Everest (Asia) dengan ketinggian 8,848 meter pada Mei tahun ini.

"Pendakian kali ini tetap mencabar meredah hutan lava. Selain itu, laluan berbatu dan curam kira-kira 10 kilometer terakhir sebelum sampai ke puncak merupakan cabaran saya pada pendakian kali ini.

 

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131009/dn_26/Pendaki-wanita-Felda-bakal-tawan-Gunung-Kilimanjaro#ixzz2hCGbXo00
© Utusan Melayu (M) Bhd
 

 

rujuk utusan malaysia