Berita
PROLINTAS sumbang Zakat Korporat ke Tabung Wakaf UIAM(IEF)
Tarikh : 23 March 2019
Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly
Kategori : News
Tweet This
GOMBAK-- Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) hari ini menyampai sumbangan zakat Korporat sebanyak RM101,416.73.
Penyerahan Zakat Korporat ini di sampaikan kepada Universiti melalui Tabung Wakaf UIAM(IEF).
Bantuan zakat tersebut akan digunakan dan di salurkan kepada 39 orang pelajar yang tergolong dalam golongan asnaf.
Replika cek tersebut di sampaikan oleh En. Mohd Ramali Abu Bakar, Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat PROLINTAS. Manakala UIAM pula diwakili oleh Rektornya Prof.Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak.
Majlis ini berlangsung di Dewan Utama,Pusat Kebudayaan UIAM, Kampus Gombak bersempena dengan himpunan bulanan kakitangan UIAM bersempena dengan perhimpunan bulanan kakitangan UIAM.