Berita

Berita

Raja Permaisuri Agong dimasyhur Canselor UIAM

Raja Permaisuri Agong dimasyhur Canselor UIAM

Tarikh : 22 November 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini dimasyhurkan sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Watikah pemasyhuran dibaca dan dipersembahkan kepada baginda oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena majlis konvokesyen ke-35 UIAM yang dijadualkan esok.

“Semoga Allah memberikan Seri Paduka Baginda segala kemudahan, keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Perkara 23 (1) Perlembagaan UIAM, Ketua Perlembagaan universiti itu hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA