Berita

Berita

Ruang pameran UIAM diserbu pengunjung 'Jom Masuk IPT 2019'

Ruang pameran UIAM diserbu pengunjung 'Jom Masuk IPT 2019'

Tarikh : 07 March 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

Oleh Roslan Rusly

BATU PAHAT - Ruang Pameran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diserbu pengunjung bersempena dengan Karnival Jom Masuk IPT 2019 yang berlangsung di Padang Kawad, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mac baru-baru ini.

Kebanyakan pengunjung adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan lepasan Diploma yang mencari dan mendapatkan maklumat berkenaan dengan sistem kemasukan ke Universiti pilihan mereka.

Antara pengunjung yang hadir mendapatkan maklumat.

Seramai 4,000 pengunjung menyerbu ruang pameran UIAM untuk mendapatkan maklumat serta syarat-syarat kemasukan ke UIAM.

Untuk kemasukan ke UIAM, pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM perlu melalui proses kemasukan melalui portal UPU Online yang disediakan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Karnival Jom Masuk IPT 2019

Untuk peluang kemasukan ke UIAM, pelajar lepasan SPM perlu menyambung pengajian mereka di peringkat Asasi selama setahun di UIAM Kampus Gambang sebelum meneruskan pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang yang ditawarkan.

Selepas tamat program asasi, mereka akan ditempatkan di kampus-kampus UIAM mengikut kursus yang dipilih.

Reruai UIAM diserbu pengunjung.

Untuk program berasaskan Sains, mereka akan ditempatkan di UIAM Kampus Kuantan.

Bagi program berteraskan sastera, UIAM Kampus Gombak akan menjadi destinasi mereka manakala untuk yang mengambil program pengurusan bahasa dan perhotelan mereka akan ditempatkan di UIAM Kampus Pagoh.

Para petugas UIAM dan pelajar sekolah bergambar bersama Mazula Sabudin, Pengarah Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hadir sama pada karnival tersebut ialah Timbalan Rektor (Akademik dan Jaringan Industri) UIAM, Prof. Dr. Isarji Hj.Sarudin, Dekan Pusat Asasi UIAM, Murshid Kassim serta para petugas yang bersedia membantu para pengunjung.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir (tengah) turut hadir memberi sokongan.

Program ini akan diteruskan penganjurannya di lima zon seluruh negara iaitu di Zon Sabah (9 dan 10 Mac di Kota Kinabalu), Zon Utara (9 dan 10 Mac di USM Pulau Pinang), Zon Timur (16 dan 17 Mac di Kota Bharu, Kelantan), Zon Sarawak (23 dan 24 Mac di Kuching) dan Zon Tengah (30 dan 31 Mac di MAEPS Serdang).

KPM menyediakan kira-kira 100 gerai pameran pendidikan yang terdiri daripada universiti awam dan swasta tempatan, politeknik, kolej komuniti dan ILKA, pelbagai agensi awam dan swasta termasuk badan pembiayaan pendidikan.



Source ; https://kampusuols.com/article...