Berita

Berita

 Siswa UIAM cipta logo Rahmah bawa pulang RM3,500

Siswa UIAM cipta logo Rahmah bawa pulang RM3,500

Tarikh : 14 September 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

Gombak: Pelajar Tahun Tiga Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Islam

Antarabangsa (UIAM), Wan Muhammad Hafiz Wan Zin, 21 membawa pulang wang tunai
RM3,500 apabila menggondol tempat pertama dan kedua Pertandingan Mencipta Logo Rahmah.

Beliau menghantar tujuh logo untuk menyertai pertandingan itu dengan dua aripadanya melayakkannya untuk meraih hadiah wang tunai RM2,000 bagi tempat pertama dan RM1,500 (kedua).


Wan Muhammad Hafiz berkata, beliau teruja menyertai pertandingan itu berikutan logo
yang menang akan digunakan secara rasmi pada peringkat negara.


“Saya mengetahui pertandingan ini menerusi pesanan aplikasi WhatsApp pelajar dan ingin mencuba kerana ia pertandingan yang besar. “Pada masa sama, saya ingin
membuktikan, walaupun tanpa kemahiran khusus dalam bidang lukisan, saya berkemampuan untuk berusaha dan mencuba.


“Apabila diumumkan sebagai pemenang, saya terkejut tetapi berbesar hati dapat menyumbang kepada sesuatu yang menjadi sejarah kepada negara,” katanya kepada pemberita selepas  Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo
Rahmah di UIAM di sini, semalam.


Wan Muhammad Hafiz berkata, beliau mengambil masa kira-kira tujuh hari untuk disiapkan dengan setiap satu logo mengambil masa sehari untuk disudahkan.
Anak keempat daripada lima adik-beradik itu, pernah menyertai pertandingan logo pada peringkat fakulti dan memperoleh tempat kedua.


“Pengalaman itu digunakan sebagai mungkin untuk menghasilkan logo terbaik untuk pertandingan kali ini,” katanya. Logo ciptaan Muhammad Hafiz, mengambil inspirasi keindahan bunga untuk menyampaikan maksud dan konsep Rahmatan Lil Alamin.


Motif bunga raya melambangkan komited negara dalam memperjuangkan Rahmatan Lil
Alami, manakala daun pelbagai warna mengelilingi bunga raya sebagai lambang keharmonian masyarakat.


Jambangannya pula simbol ‘Rahmah’, iaitu keadilan dan kedamaian yang menaungi negara yang dapat dicapai apabila semua pihak memahami Rahmatan Lil Alamin dengan jelas.