Berita
UIAM dan Hannan Medispa jalin kerjasama pintar
Tarikh : 19 April 2019
Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly
Kategori : News
Tweet This
GOMBAK - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Hannan Medispa Sdn Bhd telah pun menjalinkan kerjasama pintar yang termeterai melalui Memorandum Perjanjian (MoA) di antara kedua-dua pihak yang berlangsung di UIAM Kampus Gombak, baru-baru ini.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Presiden Hannan Medispa, Dato’ Dr Hannan Yusof, dan Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dato 'Dzulkifli Abdul Razak.
Tujuan termeterai perjanjian ini adalah untuk menggunakan hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik UIAM untuk pengkomersilan dan ia juga untuk melindungi idea dan hakcipta penyelidik.
Dalam perjanjian kerjasama ini, Hannan Medispa akan menggunakan harta intelek (IP) yang telah dibangunkan sejak 2013 oleh kumpulan penyelidikan UIAM yang diketuai oleh Prof Madya Dr Hazrina Ab Hadi dari Kulliyyah Farmasi, UIAM.
Kajian yang dilakukan adalah “Natura halal skin lightening cream containing extract from Piper Betel leaves”.
Kumpulan penyelidikan Dr Hazrina telah melakukan kajian menyeluruh dalam menggunakan kaedah pengekstrakan teknologi hijau untuk mendapatkan ekstrak daripada daun sirih.
Hasil kajian tersebut telah membuatkan Hannan Medispa berminat penggunaan sirih dalam produk pemutihan kulit mereka, dan juga proses Teknologi Hijau yang digunakan dalam pengekstrakan kandungan daripada daun sirih.
Seperti yang umum ketahui, daun sirih mempunyai pelbagai kebaikan dan khasiat untuk kulit, antaranya dapat menghaluskan kulit kasar, mencerahkan kulit kusam, sebagai ubat jerawat, mengatasi luka atau kesan melecur mahupun terbakar serta dapat mengatasi masalah kulit berminyak.
Ekstrak yang dihasilkan oleh penyelidik UIAM ini akan digunakan oleh Kumpulan Hannan Medispa Sdn Bhd dalam barisan produk kosmetik mereka yang akan datang.
Sebagai pengeluar produk kosmetik, adalah amat penting untuk menjaga keselamatan pengguna.
Justeru, penyelidikan yang telah dipatenkan dengan menggunakan teknologi pengekstrakan sirih dan hasil ekstrak tersebut akan dimasukkan ke dalam produk kosmetik yang dikeluarkan oleh Hannan Medispa.
Hannan Medispa adalah sebuah Medispa Kecantikan yang diasaskan oleh Dr Hannan Mohamad Yusuf pada tahun 2012.
Hannan Medispa lebih memfokuskan pada kecantikan semulajadi seseorang terutamanya pada wajah, untuk rawatan jerawat dan pigmentasi, serta penurunan berat badan berlebihan.
Source ; https://kampusuols.com/article...